Sunday, April 12, 2009

Meng'HACK' Resipi Ikan Kukus.

Hari ni aku ter'HACK' plak resipi ikan kukus yg aku jumpa kat internet. Basically, kalo ikut resipi tu care masak die laen tp aku ubahsuai hence the post title, 'MengHACK' seperti resipi yg sbelum2 ini, yg mana aku telah mengubahsuai method2nya jua.

Kali ini, antara bahan2nya ialah;


Ikan kembong 4 ekor, (aku xder pilihan sbb ikan ni mak aku dah tlg siangkan) serta setongkol ikan tenggiri yg sedap untuk diratah..haha..


Bawang putih, bawang merah, 2 batang serai(xde dlm gambar), cili padi, halia,(ditumbuk halus, hancur, lumat) ...asam jawa(dilumur pada ikan, jangan campur air, lumur terus), daun pisang, kicap manis dan masin, sedikit gula, sedikit garam serta serbuk lada sulah (serbuk ke?) haha..


Method2nya;Bersihkan ikan2 itu kemudian lumur asam jawa sebanyak mana yg anda mampu. Pastu prepare daun pisang kat atas tempat kukus. Tempat kukus aku ni sbenarnya stove roaster tp ade gap kat bawah pelantar besi tu so aku letak air sbb malas nak guna kuali kukus mak aku yg besor mcm oltromen. Pastu amik 1/4 drpd bahan2 yg telah ditumbuk td dan spread rata atas daun pisang yg telah comel disusun. Then, susun la ikan plak atas daun pisang tu dan spread bahan2 tumbuk tadi selebihnya atas ikan2 tu dan campakkanlah garam, gula, kicap dan lada sulah sebanyak mana yang korang nak pun. Pastu, letak satu layer daun pisang lagi atas ikan2 itu dan tutuplah tempat kukus itu dengan penutupnya.


Hasilnya:







Maaf sebab xde gambar presentation atas pinggan sebab aku dah x sabar2 gile nak cuba n makan ngn nasik.haha..

Resipi ni memang best gile ayam kalo makan ngn air asam yg pedas dan mantap serta nasik panas2 yg baru ditanak. Tu jer,,,SALAM,,,,

2 comments:

fynAz123 said...

haha..dz mmg bagus..

Mike_Delta_Hotel_33 said...

heh,,,nape? tegugat ke? hehe..fynaz, wish me luck for unikl interview..