Tergodakah kamu pada senyumannya?
Ya.
Tertawankah hatimu mendengar suaranya?
Ya.
Terpesonakah kamu dengan tingkah lakunya?
Ya.
Lemahkah jiwamu dengan sentuhannya?
Ya.
Maka dari itu kesimpulannya cintamu berteraskan nafsu.
Tidak.
Benar?
Ya.
Andai diberi peluang, hari ini juga
Mahukah kamu mengikat janji
Dan hidup bersamanya?
Mahu.
Nah, lihatlah sendiri. Cinta kamu terdorong oleh nafsu.
Tidak.
Mengapa begitu? Jelaskan pandanganmu.
Kerana soalan ini sukar. Perlu kubuktikan bukan hanya dengan kata-kata.
Malah memerlukan masa.
Masa yang bagaimana?
1 minit? 30 minit? 2 jam?
Tidak, tidak sama sekali. Malah bukan sehari dua.
Tetapi seumur hidupku.
Untuk kubuktikan cinta padanya
Hanyalah satu.
Kalau begitu jawapanmu,
Kerahlah cinta itu ke akhir nafasmu.

No comments:
Post a Comment