Monday, December 14, 2009

Kain Singkat

Mereka berkain singkat..

Salah siapa?

Tukang jahitkah?
Ekonomi?
Ibubapakah?
Mental?
Masyarakatkah?
Kementerian Pelajaran Malaysia?
Kerajaankah?
Para pengundi?
Kemajuankah?

Aku membesar sakit mata,
Sakit hati,
Sakit jiwa,
Sakit telinga..

Mereka yang berkain singkat itu bukan orang lain
Saudaraku juga
Pakej terbaik,
Mata sakit, tambah dosa
Jiwa sakit, tambah dosa
Telinga sakit, tambah dosa..

Salahkah aku menegur benda yang patut ditegur?
Kalau salah tandanya jahil..

Baju singkat, pakai tudung..
Pakai tudung tapi baju singkat..
Kasihan..
Fesyen?
Kasihan..
Tak bertudung kerana fesyen?
Lagilah kasihan..
Lebih baik tak bertudung kerana malas..
Apa-apa pun,
Aku benar-benar kasihan..

Aku simpati..
Sudah puas kutegur..
Begitu juga..

Aku hanya mampu berdoa..
Jika ditakdirkan aku beristeri, sempurna pakainya..
Jika ditakdirkan aku beranak perempuan, sempurna juga pakainya..
Dan akhlak mereka, dan juga aku..

Moga Allah mengampunkan
Dosa kita semua..

1 comment:

mlletqa said...

post yg menarik.. ;)
insaf2..hehehe