Tatkala jiwa terasa longlai
Aku rebah
Darah-darah marah mengalir deras
Tapi apa daya aku
Hanya mampu melihat
Dan mendengar khabar derita
Mereka di sana tak pernah tenang
Kita di sini senang lenang
Mereka di sana melempar batu
Kita di sini melempar dadu
Aku malu
Aku ingin menjadi pejuang
Aku ingin menjadi kuat
Tapi ingin hanya tinggal ingin
Mindaku dingin
Sibuk mengacu telunjuk
Aku hanya mampu duduk
Sekali lagi aku malu
Kerana hatiku tak tahu malu
Anak isteri diragut nyawa
Pejuang syahid membela bangsa
Kita??
Masalah tak pernah reda
Remaja
Belia
Dewasa
Tua
Tak pernah teguh pada agama...
Sabarlah saudaraku
Akan kuberjuang di jalanku sendiri
Andai aku tak mampu mengangkat senjata
Aku akan mengangkat pena
Walau banyak kelemahan
Akan kucuba menahan membalas serangan
Dalam dunia yang penuh dugaan
Tidak bergelorakah jiwa kamu wahai saudara Islamku??
Aku rebah
Darah-darah marah mengalir deras
Tapi apa daya aku
Hanya mampu melihat
Dan mendengar khabar derita
Mereka di sana tak pernah tenang
Kita di sini senang lenang
Mereka di sana melempar batu
Kita di sini melempar dadu
Aku malu
Aku ingin menjadi pejuang
Aku ingin menjadi kuat
Tapi ingin hanya tinggal ingin
Mindaku dingin
Sibuk mengacu telunjuk
Aku hanya mampu duduk
Sekali lagi aku malu
Kerana hatiku tak tahu malu
Anak isteri diragut nyawa
Pejuang syahid membela bangsa
Kita??
Masalah tak pernah reda
Remaja
Belia
Dewasa
Tua
Tak pernah teguh pada agama...
Sabarlah saudaraku
Akan kuberjuang di jalanku sendiri
Andai aku tak mampu mengangkat senjata
Aku akan mengangkat pena
Walau banyak kelemahan
Akan kucuba menahan membalas serangan
Dalam dunia yang penuh dugaan
Tidak bergelorakah jiwa kamu wahai saudara Islamku??
No comments:
Post a Comment