Aku boleh menulis
Aku juga mampu menulis
Segala kerahsiaan resah-resah yang mendatang,
Tetapi, patutkah aku menulis?
Hari-hari sepi tanpa kehadiran kamu
Hanya satu menjadi pengubat rindu
Ya, isi hati kamu
Adakah rahsia?
Aku gila tertanya-tanya
Tetapi, mengertikah kamu?
Mari, aku beritahu satu cerita
Satu rahsia
Cinta itu seperti aku memandang langit
Dengan harapan kamu memandang ke arah yang sama
Di manapun kamu
Masih aku berharap kamu di sisiku
Menikmati keindahan Ilahi yang sama...
Cinta yang sama...
Raikanlah... Lepaskanlah...
-------------------------------
Aku ingin mengajar kamu
Aku cuba mengajar kamu
Tapi kamu masih mentah untuk mengerti
Percayalah aku juga pernah merasai
Sekarang jalan sudah terbuka
Ruang sudah tersedia
Nah, bawakan ini
Aku hadiahkan kamu tinta pena dan nota
Agar pesanku sentiasa menemani kamu
Padamkanlah yang tercela
Kerana aku juga manusia
Bukan aku tak cinta
Pergilah, aku tak mampu mengejar lagi
Bas sudah bergerak, jangan tunggu aku
Tetapi aku tunggu kebahagiaan kamu...
Moga sentiasa terukir
Senyuman di bibirmu...
Tanda kebahagiaan
Yang menenangkan jiwaku...
Moga sentiasa terukir
Senyuman di bibirmu...
Tanda kebahagiaan
Yang menenangkan jiwaku...
No comments:
Post a Comment