Wednesday, June 2, 2010

HALISA

HA-LI-SA

3,2,1 nama sebenarnya
Pengubat duka lara
Penduka juga kadang-kadang
Melara hati juga kadang-kadang
Namun, jangan dipandang
Yang kadang-kadang
Kerana itu tidak adil
Dia lebih hebat, tak terbanding dengan
Yang kadang-kadang

HA-LI-SA

3,2,1
Tahukah engkau bahawa aku memandang tinggi?
Tahukah engkau bahawa aku menghormati?
Tahukah engkau bahawa aku mengagumi?
Tahukah engkau bahawa engkau menginspirasi?
Dan memotivasi?

HA-LI-SA

3,2,1
Jangan menangis keranaku
Kerana aku insan yang hina
Tak layak untukmu
Meski aku cinta

------------------------------------

Kerana kau seorang ratu
Dan aku marhaen yang malu
Dan bila berdepan dengan mu,
Sungguh, aku mahu kau tahu
Bahawa hatiku kencang
Langkahku goyang
Mindaku terbang
Keranamu
Sayang

Dan, cuma, agar kau tahu
Aku ingin menjadi kesatriamu
Aku ingin menjadi panglimamu
Aku ingin menjadi rajamu
Raja yg sanggup tunduk kepadamu
Panglima yang sanggup mati keranamu
Kesatria yang berjuang untukmu

Kerana ku ingin sekali merasai
Indahnya perasaan menakluk
Dan ditakluk...

Ya, aku tahu kau tahu
Untukmu, HALISA, 3,2,1...

3 comments:

fynaz123 said...

ni lirik lagu ke dz?

Mike_Delta_Hotel_33 said...

lirik lagu?? waa,, aku ade bakat cipta lagu!!! ni sajak aku cipta utk sumone laa,,, my <3

fynAz123 said...

owh ye ke..ak igt lirik lagu..haha..
kire ade bakat la ni..kuai3..
bgus2..truskan2...=)