Wednesday, June 10, 2009

Of Bunga Telur, Modern Minds, Girls, and Turnstyles

Hari Jumaat lepas off to Selangor, umh kakak aku kat Seri Kembangan..mak aku ajak tgk org kawen, yakni anak kepada mak sepupu mak aku (betul ker ni?) kat Kelab Golf apekebendantah kat Damansara..malas nak citer panjang, korg tgk jer laa pics2 kat bwh ni..tp yg pasti, aku pun nak kawen grand gni gak one day..xpun grand lg dr niy.. hahahaha!!! Pastu mak aku blk Kemaman..kbetulan saudara Burger ngn saudara Adlan serta saudara Nopa (adik sdare Adlan) nak dtg KL, so aku lepak cni dlu..mula2 aku ikut abg ipar aku g tgk tempat keje die kat Kem Kementah, Keramat..best gak dowh tgk askor2 wt keje..dhla rmai askor yg friendly..nyesal x mtak UPNM..keh3..pastu aku helo saudara Syidan yg kbetulan mmg slalu simpan moto kat umh mak sdare die kat Keramat tu kalo nak g jln2..lepak ngn die dlu kejap smbil me-reka2 lawak bodoh yg ntahpape sperti yg kami slalu buat di asrama dulu (rindunya!!).. Sambil2 lepak di McD midvalley, dtg la saudara Burger, saudara Adlan, saudara Nopa seperti yg dijanjikan..bermula laa episod perjalanan kami..malas nak citer satu2 daa..ape yg aku nak highlightkan kat cni, kitorg smpat g Petaling Jaya lwt saudara Abg We dan saudara Madi di CFS IIUM..mmg best..mmg lwk..blajo molek blake deh!!! Satu lagi, kepada saudara Burger, aku xnak tlibat dlm hal rebut-merebut awek ni..lgpun aku dah ade awek daa..wt mase niy, awek Klate tu sorg jer dlm kpale aku niy ok?? Awek 'P/S' tu kalo ko nak, ko ngorat r..aku xnak pun..die yg nak kat aku (koya)..hek3!!! aku tpakse tolak laa sbb aku dah ade sumone..nak wt cmne lg kan?? Aku yakin, ko bleh bhagiakan awek 'P/S' tu..kah3!!! Tp ko kene igt, bapak die GARAAANGG!!! hak3!!! X lupa, thanx to Abg Paja (abg kepada Nopa) , ahli bomba sporting yg klako sbb bg kami lepak kat umh beliau 2-3 hari..beres!!!



Pengantin naik tangga.



Mufti mane ntah duk menepung tawar.


Malu nak g depan sket. Yg amek gmbar kat depan ni sume geng2 kamera DSLR. Aku pkai nset jer.


Dalam xder isi pun. Kalo ade gula2 xper gak.


Pengantin kedua mlm tu. haha.


YB Ikhwan dan mak aku.



Mak aku bersalaman ngn pengantin.


Tempat keje abg ipar aku. Bilik VIP. Nak check gigi pun tgk TV Plasma?? Membazir duit rakyat or x? Korg decide laa sniri.


Cover album K.A.M.I. (Saudara Syidan amek gmbor niy). Cigar tu aku tlg pegang jer. X isap pun. Caye x??


Pics ngn mmber2 aku mmg aku x smpat nak amek sbb bz sgt smbang2 n wt lwk bodo. So, pic kat atas ni jer laa yg ader pun. Mase g melawat saudara Abg We ngn saudara Madi pun aku x igt nak amek. Xper, still got next time.



2 jerr.SALAM.

Thursday, June 4, 2009

Yg ni Mmg Lawak. hahahaha!!!

Seorang Managing Director memberi arahan kepada General Manager nya...

Besok akan ada gerhana matahari penuh pada jam sembilan pagi. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari. Untuk menyambut dan melihat peristiwa ini, seluruh pekerja diminta untuk berkumpul di padang dengan berpakaian kemas.. Saya akan menjelaskan fenomena alam ini kepada mereka. Jika esok hujan.. dan kita tidak boleh melihatnya dengan jelas.. kita akan berkumpul di kantin saja.

Lalu General Manager itu menyampaikan arahan bos nya kepada Ketua Jabatan..

Ini adalah arahan Managing Director.. esok pada jam sembilan pagi akan ada gerhana matahari penuh.. Jika esok hujan.. kita tidak boleh berkumpul di padang untuk melihatnya dengan berpakaian kemas.. Dengan demikian, peristiwa gerhana matahari ini akan dijelaskan oleh Managing Director di kantin sahaja. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari.

Dan Ketua jabatan pula menyampaikan pada ketua seksyen..

Ini adalah arahan dari Managing Director.. esok kita akan mengikuti peristiwa gerhana matahari di kantin pada jam sembilan pagi dengan berpakaian kemas.. Managing Director akan menjelaskan apakah esok akan hujan atau tidak. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari.

Seterusnya Ketua seksyen pula menyampaikan amanat tadi kepada penyelia..

Jika esok turun hujan di kantin.. kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari, Managing Director, dengan berpakaian kemas akan gerhana pada jam sembilan pagi.

Akhir sekali penyelia menyampaikan arahan tersebut kepada para pekerjanya..

Esok pagi.. pada jam sembilan.. Managing Director akan gerhana.. Sayang sekali, kita tidak boleh melihatnya setiap hari.





kah3!!.SALAM. Amek kat blog ni gak.

Sape Paham?? Kah3!!! 18+ only..

Didalam satu bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya diwaktu begini jalankan jem. Jadi bas tu tak dapat le bergerak dengan sempurna.Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buat le buka handbag dan cuba mencari sesuatu .Tanpa disedari Jawa didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama juga.Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ke tempat tersebut kerana sit dia dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut."Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya"...Jawab gadis tersebut "Ohh... tadi botol minyak wangi saya tertumpah.Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada".Jadi Jawa tu pun keluarkan le sapu tangannya dan lap sebelum duduk.Setelah duduk dia pun cium le sapu tangan tersebut untuk menghidu wangiannya.Bau-bau punya baru le jawa tu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu jawab.."Lo...Kalau minyak wangi jenama ini..Kalau mau, saya ada penutupnya."


Lawak ni aku amek kat cni.
2 jerr.Saje nak kongsi.Kpd yg paham tu simpan sorg2 lah ye..haha..
.SALAM.

Sajak - Cinta Nafsu

Tergodakah kamu pada senyumannya?
Ya.


Tertawankah hatimu mendengar suaranya?
Ya.


Terpesonakah kamu dengan tingkah lakunya?
Ya.


Lemahkah jiwamu dengan sentuhannya?
Ya.


Maka dari itu kesimpulannya cintamu berteraskan nafsu.
Tidak.


Benar?
Ya.


Andai diberi peluang, hari ini juga
Mahukah kamu mengikat janji
Dan hidup bersamanya?

Mahu.


Nah, lihatlah sendiri. Cinta kamu terdorong oleh nafsu.

Tidak.


Mengapa begitu? Jelaskan pandanganmu.


Kerana soalan ini sukar. Perlu kubuktikan bukan hanya dengan kata-kata.
Malah memerlukan masa.


Masa yang bagaimana?
1 minit? 30 minit? 2 jam?



Tidak, tidak sama sekali. Malah bukan sehari dua.
Tetapi seumur hidupku.
Untuk kubuktikan cinta padanya
Hanyalah satu.



Kalau begitu jawapanmu,
Kerahlah cinta itu ke akhir nafasmu.